Quantcast
Channel: All About Us
Viewing all articles
Browse latest Browse all 359

Tabung Sedekah Subuh #1

$
0
0
Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah...Tabung Sedekah Subuh #1 telah selesai...Macam tak percaya dah berlalu fasa pertama...Sekarang nie dah start Tabung Sedekah Subuh #2 saya...Hari ni juga saya telah sedekahkan separuh Tabung Sedekah Subuh #1 ke Masjid Jamek AlMakmur, Taman Bukit Tiram untuk Skim Wakaf Karpet...Semoga apa yang saya niatkan dipermudahkan ALLAH SWT...

Insyaallah separuh lagi akan saya sedekahkan kepada mangsa-mangsa banjir...Seperti yang semua maklum di negeri Johor juga sudah ada mangsa-mangsa banjir...Dan terkini di pejabat saya juga telah diwujudkan Urusetia Banjir untuk melaksanakan kutipan derma dan pembelian barang-barang keperluan untuk disedekahkan kepada mangsa banjir di negeri Johor...

 Walaupun tak seberapa tapi saya ikhlas sedekahkan Tabung Sedekah Subuh saya nie kerana ALLAH SWT...Semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan...Insyaallah...


Viewing all articles
Browse latest Browse all 359