Assalamualaikum
Hampir seminggu Kak Yong tidak mencoretkan apa-apa di blog ini...Entry terakhir Kak Yong berkaitan dengan MAHA pada 25 November yang lepas...Untuk pengetahuan semua, Kak Yong sekeluarga baru sahaja kehilangan adik Kak Yong yang telah kembali ke rahmatullah pada 26 November yang lepas...Rasa macam tak percaya yang arwah telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya...
Masih teringat-ingat lagi di ingatan Kak Yong sewaktu kami berpicnic sekeluarga pada 22 November lepas di Air Terjun Serendah...ALLAH SWT telah merancang sesuatu yang kami sendiri tidak sangka...Itu la kali terakhir kami bersuka ria dan akhirnya pagi 26 November adinda Kak Yong dijemput ALLAH SWT...
Kak Yong sekeluarga redha di atas pemergian Allahyarham dan sentiasa mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat...Semoga diampunkan segala dosa-dosanya dan diterima segala amalannya sepanjang dia dipinjamkan kepada kami selama 31 tahun ini...