Quantcast
Channel: All About Us
Viewing all articles
Browse latest Browse all 359

Engagement Day Nurulaini & Mustakim

$
0
0
Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua...Hari nie mood nak berupdate panjang lebar kembali menyerang...Mungkin sebab gaji dan bonus dah masyuk tu yang aura positif jer nie...Hehehehe...Maka korang kena la excited membaca entry Lynn hari nie yer...Tak mau boring2 yer walaupun citer yang nak diupdate nie dah basi la juga...

Last 8 December 2012, adik ketiga Lynn melangsungkan majlis pertunangan dia...Owh yer...Adik Lynn yang bernama Nurulaini nie dah lama giler berkawan dengan tunang dia...On off on off sejak dari zaman persekolahan lagi...Jadi last 2 year hati masing-masing dah terpaut balik...Jadi diorang pilih 8 December untuk mengikat tali pertunangan...Dan jangan korang tak sangka yer, wedding diorang bulan Mac nie...Tak sampai 100 hari jer pun lagi...Memang giler arr...Pihak lelaki pun dah hantar terus wang hantaran waktu majlis tunang tempoh hari...


Jadi kami di pihak perempuan nie ler yang akan bertungkus lumus menguruskan majlis yang bakal berlangsung nanti...Adik Lynn nie plak stay kat KULIM sana...Jauh bebenor dengan keluarga...Maka ibu dan ayah Lynn dah makin hari makin pening kepala nak uruskan majlis...Huhuhuhuhu...Tapi tak per...Insyaallah dipermudahkan segala urusan...Sebab nak buat perkara yang baik kan...Pasti ada jalan penyelesaian untuk setiap masalah yang menduga...Betul tak?

Bersempena dengan majlis pertunangan adik Lynn nie, kitorang buat majlis yasin, tahlil dan doa selamat dalam kul 11.30 pagi...Ada banyak niat dan salah satunya dimohon agar dipermudahkan la urusan ketika melahirkan anak ketiga Lynn nie nanti...Insyaallah niat-niat kami sekeluarga dimakbulkan ALLAH SWT...

 Rumah kat Rawang nie rumah kecik jer...Parents Lynn still duk kat quarters maka bila buat majlis macam gini memang ada yang duk kat luar...

Lepas majlis yasin, tahlil dan doa selamat tetamu dijamu makan dahulu...Waktu nie rombongan pihak lelaki tak sampai lagi...Diorang janji datang jam 2.30 petang...

Disebabkan majlis berlangsung kat rumah sendiri maka Mak Yong Lynn memang x berdandan langsung...Just pakai tshirt dan seluar jer...Biarlah yang diraikan yang melaram...Hehehehe...

Menu dan dessert majlis hari tu kebanyakkannya request daripada ayah Lynn...
  1. Nasi Putih 
  2. Ayam Masak Kurma 
  3. Sayur Nangka Masak Lemak Cili Api 
  4. Sambal Petai Ikan Bilis 
  5. Papadom 
  6. Ulam-ulam 
  7. Sambal Belacan
  8. Buah Oren 
  9. Kek-kek 
  10. Apam Polka Dot
Dan yang paling penting dah tentu la Chocolate Fountain...Jenuh ke pasar NSK mencari Marshmellow tambahan untuk majlis hari tu...Nasib baik ler ada dijual...




Takkan la majlis kat rumah parents sendiri tak leh nak buat Chocolate Fountain kan...Hehehehe...Habis ku kerahkan adik sepupu memotong buah untuk memastikan tetamu dapat makan buah yang dicelup dengan chocolate...Hehehehe...

Tepat jam 2.30 petang rombongan pihak lelaki pun tiba...Pihak lelaki bukan datang dari mana pun...Datang dari Rawang Perdana jer...Jarak dari rumah Lynn tak sampai 10km pun...Memang dekat bebenor...






Majlis pertunangan adik Lynn berlangsung dengan lancar sebab awal-awal lagi ayah Lynn dah brief wakil-wakil yang dilantik untuk majlis nie...



 Antara fakta penting yang perlu diambil perhatian kedua belah pihak adalah:
  1. Majlis Pernikahan pada 22 Mac 2012 (Jumaat)
  2. Majlis Kenduri dan Bersanding pada 23 Mac 2012 (Sabtu) 
  3. Wang hantaran sebanyak RM10,000 (Dah bagi terus pada hari pertunangan)  

Dah selesai berbincang maka tiba la masa untuk menyarung cincin pertunangan dan penyerahan duit hantaran...Dah tentu la yang selesaikan urusan tu mak kepada tunang adik Lynn...
 


Fuhhhh...Lega dah selesai satu urusan kan...Adik Lynn dah pun selamat bertunang dan sekarang nie kitorang sekeluarga duk fokuskan kepada majlis untuk bulan Mac nanti...Adik Lynn dah pilih warna tema untuk wedding dia...Dia pilih warna Kelabu Silver...Haaaaaa...Nampaknya lepas bersalin Januari nanti leh ler Mak Yong Lynn tempah baju baru...Teringin juga nak melaram sebab dah lama juga x der wedding di kalangan adik beradik dan sepupu sepapat sejak 2 tahun nie...

Agak-agak korang kalau buat baju design macam gini cun tak?   Simple jer kan...



Owh yer...Lupa lak nak tepek gambar adik Lynn dengan tunang dia...Anyway congrats to both of you...Darah tengah manis nie jadi pandai2 ler korang jaga diri dan perangai yer...Hehehehe...


P/S : Ada entry lagi pasal majlis nie...Nanti Lynn update yer...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 359